Thursday, 8 September 2016

KESAN AMALAN SYIRIK

Amalan syirik dan khurafat dalam filem telah mempengaruhi  masyarakat



NAMA PENSYARAH : 
PUAN RINA FAKHIRAH

NAMA PELAJAR :
MUHAMMAD ERMI BIN BAIN - 02DTK14F1088
AFIF HAZIQ -02DTK14F1103




PENGENALAN
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah mudah mempercayai benda-benda tahyul, kecetekan ilmu agama dan terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda. Manakala jalan penyelesiannya ialah setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud :" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku. Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48) Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat. Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam. Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.


ISI PENTING

KESAN :

MASYARAKAT masakini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif amalan syirik ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur khurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan mudah terpengaruh ,  Perasaan takut mereka itu dibimbangi kerana mereka lebih takut kepada hantu-hantu daripada Allah s.w.t. 

Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya  syaitan dan  kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
            Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.

PUNCA:

kerana terlalu taksub dengan kekayaan , lemah iman dan mudah terpengaruh , dan mudah terpendaya dengan rakan rakan . hal ini boleh membuatkan seseorang jatuh ke lembah amalan syirik

KESIMPULAN:-
Secara rumusannya, kami telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini ,Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah sesat , Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.
RUJUKAN :
http://myblog-humairah.blogspot.my/2010/12/kesan-amalan-kurafat.html

http://zainizainal.blogspot.my/2010/07/pengertian-khurafat-dalam-islam-faktor.html

http://belajaribadat.blogspot.my/2008/11/syirik-dan-jenisnya.html

LAMPIRAN :

Image result for GAMBAR PEMUJAAN NOMBOR EKOR


Image result for GAMBAR PEMUJAAN NOMBOR EKOR

Image result for GAMBAR PEMUJAAN NOMBOR EKOR

1 comment:

  1. The Real Deal - Casino, Dining, Gaming - DrmCD
    At 경주 출장마사지 Wynn Las 상주 출장안마 Vegas, it's no surprise that the Casino 당진 출장샵 has been offering its 제주 출장안마 guests a variety of games including slots, table 공주 출장안마 games, video poker,

    ReplyDelete